Gulai Ayam Pencen Paling Mudah Sedap Ringkas | Muzlina.com |
GULAI AYAM PENCEN PALING MUDAH.
Ayam pencen....
Ayam telur merupakan spesis ayam yang mempunyai tugas khas iaitu bertelur . Ayam pencen pula adalah gelaran yang diberikan kepada ayam telur yang tidak lagi mampu menghasilkan telur pada jumlah yang tinggi. Ini menjadikan kos penjagaan ayam tersebut lebih tinggi berbanding pengeluaran (telur) jadi ayam ini pun terpaksa dilucutkan tugas. Memandangkan usia ayam ini yang agak tua dan pelepasan jawatan sebagai penelur, jadi mereka diberikan gelaran ayam pencen.
Jom kita masak ayam pencen versi sis..
inilah rupa ayam pencen.sedapnya.
Cara memasak gulai ayam pencen.
cara memasak.
Tumiskan bahan tumbuk dan cili boh sehingga masak.
Dah masak bahan di atas,masukkan kedua-dua paket rempah tadi,tak perlu bancuh air yer.
Pastikan minyak yang digunakan cukup untuk menumis rempah diatas.
Rempah dah bau harum,masukkan air sampai tengelam ayam.
dan masukkan 2 biji kiub ayam knorr.
masak dalam 20 min,boleh masukkan ubi kentang jika suka.
Masa ini jika ubi kentang dah hampir masak,boleh masukkan santan kotak.
santan boleh di letak mengikut kepekatan yang anda suka.
Santan dah hampir masak,boleh masukkan lada,buah tomato dan serbuk perasa.
dah masak secukup rasa..bolehlah siapkan meja ..
dan ngap.
sis masak nasi minyak untuk menikmati ayam pencen ini.
semoga anda semua dapat menikmati gulai ayam pencen yang sangat mudah ini.
0 Comments