SIMPLE AJE MASAK NASI LEMAK PINK 

VS

NASI LEMAK MERAH JAMBU






PINK VS MERAH JAMBU

 

Warna merah jambu,
memang warna kegemaran sis dari kecik
hingga dah tua nie.


warna yang lembut dan tenang.
warna yang melambangkan,
sikap lemah lembut
dan comel gituuuu๐Ÿ’Ÿ


Kenapa nasi lemak pink.
Entahlah,
Masa kat kampung,
ada satu masa tu,
nasi lemak pink viral sangat.
Tapi sis tak pernah makan.
Sapa nak beli๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†


Untuk nasi lemak pink sis kali ini...
ampunlah yer,
pink tertungging dalam periuk๐Ÿ˜…
maka hasilnya...


Amboi ! pinknya mak ngah.๐Ÿ˜‚
bukan Mak Ngah lah,
Sis lah Pinknya๐Ÿ’Ÿ


Kali ini,
bersama sambal sotong plastik,
ini Hanaa yang bagi nama,
Adik tak suka,
Macam makan plastik๐Ÿ’
Tak suka tak apa,
Ibu suka,ibulah makan๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…


Disebabkan ada budak nie,
duk kata,
masak plastik ke dia,
Jadi sis paksa ,
Pakwe kesayangan sis,
"Abang cari jugak kerang untuk Hanaa."
Nasiblah ada kerang,
Maka terhasillah sambal sotong dan kerang.
Untuk menjadi pasangan sejoli nasi lemak pink.




PINK SWEET
SWEET SANGAT MACAM NASI LEMAK SIS.
PASTIKAN MASAK NASI LEMAK SAMBIL DENGAR LAGU INI.
BARU DAPAT PINK YANG COMEL-COMEL.



MARI KITA MASAK NASI LEMAK PINK

Bahan-bahanya.

2 cawan beras - untuk keluarga sis aje nie
4 cawan air
1 cawan santan kotak kara
sedikit garam
2 helai daun pandan
satu sudu minyak masak jangan minyak shell pulak.
1 inci halia dihiris kasar
1 batang serai di ketuk
sedkit pewarna pink

Cara memasak Nasi Lemak Pink,

Rebus semua bahan-bahan di atas kecuali beras,
tunggu sehingga air mendindih ,baru masukkan beras.
Sis galakkan masak aje atas dapur biasa.
Tak susah pun,
guna api besar dulu,dan jangan lupa kacau beras sebelum
ia menjadi nasi sepenuhnya.
Bila air dah separas beras dan nampak hampir masak,
kecikkan api pada api paling slow.
tutup periuk nasi dan tunggu sampai tak nampak air
maybe dalam 5 hgg 10 min.
Tutp api dan biarkan aje.
Tunggu nasi sejuk baru gaulkan nasi untuk dapat nasi yang cantik.


Untuk resepi sambal,
tunggu blog sis seterusnya nya.

Perlukan semangat untuk menulis resepi๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†



Untuk anak-anak di kerangkuning.



Boleh lah berjalan ke facebook dan instagram kerangkuning.
click sini ๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘‰Facebook kerangkuning
click sini๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘‰insta kerangkuning
click sini ๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘‰whatapps kerangkuning


Semoga anda semua berjaya memasak nasi lemak pink yer.

Peminat periuk pink dalam gambar sis,
boleh ke web site ini








0 Comments