Source : Shell Malaysia

 Salam semua,

......Become A retailer at Shell.......



How ?


Bagaimana ?



Bagaimana saya bermula sebagai seorang Co Retailer di Shell Malaysia.

Bermulanya impian saya dari kecik untuk memiliki sebuah bisnes adalah satu mimpi cinderella,yang akhirnya tercapai kini.

Dari sebuah keluarga yang biasa,keluarga yang tiada pengalaman bisnes dan kerana doa serta sokongan seorang Ayah yang ingin melihat kejayaan anaknya,doa dan restu daripada seorang ibu untk kebahagiaan anaknya............

Maka disini dan kini saya berada di platform bisnes yang ramai di idamkan oleh anak-anak muda.


Pada Tahun 2007,saya mendapat panggilan dari ayah (panggilan manja kami ialah Pok-orang ganu kan).

Pok :Nor,beli suratkhabar Metro,tengok ada iklan dari Shell,nak cari Retailer Perempuan yang akan diberi keutamaan.

Saya : ok Pok,kejap lagi beli (dalam hati,biar betul ayah aku nie,mampu dan layakkah aku)

Saya terus membeli suratkhabar Metro disebelah butik saya,
oh yee,saya ada butik yang dikongsi dengan sahabat baik saya Kak Linda,butik nie dengan modal 5k seorang sahaja,sewa kedai RM250.Tak mampu nak pakai pekerja,jadi kami bergilir-gilir jaga butik ini.

Tanpa banyak berfkir,saya menurut aje apa yang disuruh oleh Pok,isi borang online aje masa tu dalam website Shell.Dah siap isi borang serta submit borang tersebut,baru call Pok balik-
tiba-tiba baru terfikir,mana nak cari duit modal.

Kata-kata Pok yang buat aku masih tidak dapat lupakan,dah dapat nanti kita usahakan.
kalau Allah bagi rezeki,di panggil temuduga nanti,maka Allah akan bagi rezeki modal dan segalanya,
Jangan takut dengan rezeki Allah,

bagaimana saya boleh bermula sebagai seorang RETAILER SHELL,adalah kerana kepercayaan,keyakinan seorang Ayah pada anaknya serta Rezeki dari Allah untuk kami.





PART 2


Seminggu selepas itu,saya dipanggil temuduga di Shell Office di Kuantan,Pahang-ketika di Menara Teruntum,sekarang dah berpindah di Menara Zenith.

Dapat panggilan interview,terus call Pok,maklum tarikh interview.

Pada hari interview,Pok dan Ma turut serta ke Kuantan menemani dan memberi semangat pada ku.
Alhamdulilah,semuanya berjalan lancar hinggalah part modal,alamak!!!!

Terus cakap,saya hanya mampu dengan modal 200k pada ketika itu,ini pun kira meminjam duit Pok dan Ma,berani ke nak pinjam duit sebanyak ini,kalau bisnes ini bankrup macam mana.
Kenapa ada orang keluar dari bisnes ini,macam-macam dalam kepala masa itu.
Sebenarnya perasaan takut dah bermula,kerana perjalanan untuk menjadi Retailer Shell dah bermula.






PART 3



Home Interview ??????

Aik,kenapa orang Shell nak datang ke rumah ???

Rupanya,mereka perlu datang ke rumah untuk melihat karakter kami dan keluarga kami.

Check Toilet,dapur...

wow,mesti terkejut kan- hi hi hi

Tak pasti apa ,dan macam mana 
kriteria yang Shell perlukan sebagai Retailer Shell.

Selepas berborak dengan rakan-rakan retailer lain,baru tahu yang 
Shell mencari orang yang boleh jaga stesen dengan baik.

Erti kata,pembersih dan kemas.💝






PART 4


Temuduga pertama dah LULUS-Alhamdulilah.........💓

Kena join second interview,iaitu course selama 3 hari di Retail Academy Shell.
Tiga hari di Shell Academy,sangat takut kalau tak lulus,kaki kanan dah mula melangkah ke dunia Shell-World Business.

Tiga hari,dan ada hari kami di hantar ke Shell stesen,diberi tugasan untuk serve customer di pump.
Oppssss!!!!!!!!
Nozel,Pump,Fuel save 95,VPower Racing,VPower 97,Diesel

Apakah ia,tak tahu semua ini pada ketika itu,selama ini hanya ayah dan suamiku yang isikan minyak,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,hua hua hua hua.

WELCOME TO SHELL👷👷

Alhamdulilah,saya berjaya mengharungi interview kedua ini dengan baik.
Budak kampung nak join world bisnes,
sapa nak percaya kan.

Best dan pengalaman yang tak dilupakan ialah,
dapat tips yang banyak hari itu dari customer,
sebab customer suka budak kampung yang tak cukup inci ini.....................👧






PART 5


Selepas sebulan,saya di beritahu untuk ke Next step.......................

Kena attend course 5 week di Shell Retail Academy,
gembira sangat pada masa itu..💋💋

Yakin diri akan berjaya,patuh dan BE Yourself.

Pada masa itu, 2 minggu pertama adalah mencabar,tetapi 3 minggu terakhir sangat mencabar kerana ketika itu adalah bulan Ramadhan.

5 minggu inilah kekuatan diri saya dan sokongan suami yang tersayang amat saya perlukan.

Disaat kewangan kami yang tidak kuat,
duit yang ada ,hanya cukup untuk perbelanjaan bulanan dengan dua orang anak ketika itu.
Anak kedua perlu dihantar ke nursery- Oh duit lagi.....

5 minggu di Glenmarie Shah Alam
mana nak cari duit untuk bilik sewa....

sesungguhnya saya dan suami tidak mampu,
dan tidak sanggup untuk bercerita dengan Pok kerana course untuk join 5 week course pada 2007 ini dlm 5k tidak termasuk kos penginapan.

Selepas berbincang dengan suami,maka kami bersetuju mengunakan duit ASB yang ada untuk kos ke kelas setiap hari.

Budget RM 30 untuk isi minyak dan Tol, 
Bentong,Pahang ke Glemarie Shah Alam 
Glenmarie Shah Alam ke Bentong,Pahang.
setiap hari selama 35 hari.
(Hyundai Getz yang berjasa)


Kenapa dari Bentong,Pahang?


ketika itu kami menetap disana,suami seorang guru sehingga kini.
Masih setia dengan Kerjaya beliau sebagai seorang Guru.

Ketika ini,saya perlu keluar rumah seawal 5 pagi,berhenti solat subuh di RNR Petronas Genting Highland.

Meneruskan Perjalanan ke Glenmarie dan pastikan sampai, sebelum 8 am setiap hari.
Alhamdulilah-tetap peserta yang pertama hadir ke kelas setiap hari walaupun terpaksa merentas perjalanan yang jauh,

Sepanjang bulan Puasa,berbuka di dalam kereta dengan bekal dari Shell.
Air mineral dan kurma,
setiap hari berbuka di dalam highway LPT1.

730pm atau 745pm akan tiba di rumah,solat dulu.
Mandi dan makan,berborak dengan anak-anak dan suami sampai tertido....

4am,suami dah kejutkan-beliau siapkan sahur sambil saya bersiap untuk ke kelas.

Bukan senang hendak senang,Rezeki dah ada-seterusnya adalah usaha kita.

Alhamdulilah-saya lulus dengan baik untuk course 5 week,
Hanya menunggu tawaran stesen sahaja dari Pihak Shell.





PART 6



Seminggu lepas course 5 week,saya mendapat panggilan Shell untuk tawaran stesen yang akan saya dapat.

Saya mendapat tawaran pertama adalah di Shell Paka ketika itu,tapi saya terpaksa menolak kerana anak no 2 sentiasa sakit dan saya perlu kan stesen yang dekat dengan Hospital Besar yang ada kemudahan pakar kanak-kanak.

Ini kerana,semasa anak saya sakit di Bentong,Pahang,
anak terpaksa di hantar ke hospital Kuala Lumpur bagi mendapat rawatan ketika itu.
Pada ketika itu,saya memilih keselamatan anak dan terpaksa menolak tawaran tersebut.

Alhamdulilah, rezeki kami sekeluarga cukup baik.
Pihak Shell terus bawa saya ke Kuantan
Second Offer Shell Bypass 1 Kuantan,
tapi saya terpaksa menolak juga kerana takut dan kewangan yang tak kuat pada ketika itu.
(Stesen ini adalah stesen saya juga kini-Allah,syukur rezeki ini)

Third offer di Shell Jalan Gambut,Kuantan.
Kali ini saya terus terima,stesen yang hanya 
ada 4 pump
keluasan stesen dalam 2500 sq
ada 4 tangki
keluasan kedai 350 sq
Ada bengkel kereta
cukup untuk saya ,dan sangat gembira dengan Rezeki ini.

Alhamdulilah.





PART 7


Selesai terima untuk Site SH Jalan Gambut Kuantan.

Dec 2007- Register SSM
Dec 2007- interview dengan Shell dan KPDNKK
Dec 2007- mohon lesen KPDNKK


Jan 2008- Mencari Staff dan hantar training
Jan 2008- kemaskini semua item yang perlu ada
(alat tulis,rak kedai,kon ,uniform )
Jan 2008-Mohon lesen PBT
Feb 2008- siapkan BG dan Working capital untuk Shell
Feb 2008- selesai buka akaun dengan semua supplier kedai
Feb 2008- CCTV installation





PART 8


28 Feb 2008

Inilah hari pertama secara rasminya,
Saya telah mengambil alih Shell Jalan Gambut daripada Tuan Syed,
yang ketika itu beliau telah mendapat tawaran ke new site di Shell Jalan Bukit Ubi.
Sahabat yang saya kagumi dan hormati sehingga kini.

Bermulalah Perjalanan saya di Shell Jalan Gambut dari 2008 hingga 2012.


source : https://www.facebook.com/kerangkuningproduction



2012 sehingga kini.


Mendapat tawaran untuk mengambil alih Site Shell Jalan BYpass 1,site yang pernah saya ditawarkan dulu,tetapi terpaksa menolak kerana faktor kewangan dan tiada ilmu.



2018 sehingga kini


mendapat tawaran cluster site untuk site Shell Jalan Semambu,kuantan.


Pelbagai cabaran yang saya hadapi untuk terus menjadi orang yang berjaya.


Terima kasih kepada Shell,kerana mempercayai saya dan terus memberi peluang kepada saya untuk terus berjaya dalam industri ini.


Al Fatihah untuk Arwah Pok
Mat Hashim bin Mat Hassan.
Ayah yang terbaik,dunia dan akhirat kami.
semoga Arwah Pok adalah ahli syurga,diatas kebaikan yang diberi kepada anak-anaknya.


💖💖💖💖💖💖💖💖💖


Inshallah,ada kelapangan saya akan berkongsi kehidupan saya sebagai Retailer Shell.

terima kasih kepada semua.



0 Comments