PKPD KUANTAN




Di kuantan,gerai-gerai makanan masih belum di buka kerana Daerah kuantan masih di bawah akta PKPD.

Maka terhasillah perlbagai menu untuk anak-anak di Kerangkuning,
dapatlah  alas perut di pagi hari sepanjang bertugas.




Nasi Goreng Sardin Tin.............πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€



Antara menu kegemaran anak-anak dirumah sebenarnya.
Sis lebih suka memasak nasi goreng dengan mengunakan beras basmathi,
tekstur nasi yang lebih senang di masak dan semestinya kurang menggunakan minyak.

Pada musim PKPD di Kuantan,

banyak gerai-gerai tidak menjual kerana tidak ramai pembeli serta faktor SOP yang lebih ketat.
Beginilah kesan kepada peniaga kecil,terpaksa menutup gerai dari termakan duit modal yang ada.



Bahan-bahan yang wajib ada untuk 4 orang makan...............

1.Beras 1.5 pot , kalau nak cantik dan lebih sedap beras basmathi

2.Sardin Tin yang size 155g- cukup 1 tin aje

3.Se ulas bawang putih dan seulas bawang merah***

4.Cili padi- sis guna 3 ulas aje,takut pedas***

5.kacang panjang yang di hiris halus serta carrot- kalau suka

6.Telur 2 biji.

7.Serbuk kunyit.***




Jom kita masak,


Beras biasanya, time sis nak masak,
baru sis masak nasi nya.
Sebab itu sis selalu guna beras basmathi,
senang dan cepat.

Barang yang bertanda*** perlu ditumbuk,
tapi jangan hancur sangat yer.

Tumis barang yang bertanda dengan minyak yang sedikit sahaja
(selepas di tumbuk tau),

masukkan ikan sardin yang di hancurkan
 (kuah sardin tak nak yer)

sardin dah nampak kering,
masukkan telur dan hancurkan,
jangan lupa masukkan garam dan sebut perasa....

Dah nampak cantik rupanya,
boleh masukkan sayur kacang dan carrot,

Jangan lupa masukkan nasi yang telah dimasak.
Gaul jangan kuat sangat tau,nanti tak cantik kejadian nya...


Dah siap,nak bagi cantik menu yang hendak di makan,taburlah daun bawang dan lada yang telah dihiris halus. Cantik.....................................πŸ’”πŸ’”




Next.....................................


Our dessert yang meletup gituuuuuuuuuuuuuuuuuu..........








Puding Caramel πŸ’ŸπŸ’ŸπŸ’ŸπŸ’ŸπŸ’ŸπŸ’Ÿ




Antara dessert kegemaran saya dari kecil........................

menu yang paling senang di buat.
Tetamu datang tak sampai 20 min puding dah siap.

Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Mesti menu wajib ,
yang digemari oleh tetamu dan keluarga.

Puding caramel lagi sedap di makan ketika sejuk,
tapi jangan simpan lebih 3 hari.

Rasa dan teksturnya sudah berubah,
waktu terbaik untuk makan Puding caramel adalah pada hari yang sama selepas disejukkan.



Jom kita masak Puding Caramel yang meletup ini...

Resepi Mak Mertua Sis - Made from Kelantan




Bahan-bahannya....


1.    Telur grade A- 8 biji
       jangan lupa basuh elok-elok yerπŸ‘©πŸ‘©

2.    1 tin susu pekat-500g
        kat rumah sis,susu pekat F&N

3.    1 tin air yang di sukat dalam tin susu pekat tadi.

4.    1 sudu besar vanilla

5.    2 bunga cengkih,kalau tak suka tak perlu

6.    Gula 6 sudu untuk di jadikan caramel



jom kita siapkan dessert meletup nie.....


cara-caranya.......



A.

Kacau susu,air,vanilla dalam satu bekas.
sebatinyakan elok-elok yer.


B.

Pukul manja telur tadi dalam satu bekas bersama bunga cengkih.

Menghasilkan gula Caramel,
masukkan gula ke dalam pan,
api jangan kuat sangat.
pastikan gula tidak terlalu hangus,
nanti rasa caramel sangat pahit.


Masukkan bancuhan A tadi kedalam bancuhan B,pukul manja aje tau....jangan kuat sangat
nanti tak cantik puding caramelnya.


Tapiskan bancuhan di atas,
 ke dalam loyang yang dah diletakkan caramel.


kukus dalam 15 min,atau boleh masak dalam microwave aje.

untuk microwave sis setting suhu 100, masak 13 min aje.

Bagaimana nak tahu dah siap masak,
nampak gedik nya caramel tu,
masak lah caramel yang cantik.


tunggu dalam 10 min,bagi sejuk sekejap dan terbalik kan ke dalam bekas yang lebih besar dari loyang.



Dan ready caramel kita..................

Jangan lupa share gambar yer nanti,

Happy cooking...............




0 Comments