retailer at shell muzlina.com

RETAILER AT SHELL 

PART 2


Tahun pertama sebagai Retailer Shell.

28 Feb 2008 bermulalah langkah saya sebagai seorang Retailer Shell,
Di Stesen Minyak Shell Jalan Gambut.

Proses ambil alih dengan Ex Retailer SH Jalan Gambut berjalan dengan lancar.
Tuan Syed Othman,mula menutup site Jalan Gambut pada Jam 10 malam.

Maka bermula lah proses handover pada 28hb Feb 2008.

Semakan yang dibuat adalah,

1.Stock kesemua Petrol dan Diesel yang ada didalam Tank.
Semakan dibuat bersama dan dipersetujui bersama.

2.Semakan stock barang-barang kedai.
Turut dipersetujui bersama.
 
3.Semakan stock Lubs.

4.Proses pembayaran balance stock Petrol,diesel,Barang kedai dan lubs diselesaikan pada malam itu juga.

Alhamdulilah,semua proses berjalan dengan baik.
Terima kasih pada En Hafiz dan Tuan Syed yang memudahkan urusan pada malam tersebut.
Serta rakan-rakan RSC 2007 yang turut serta turun ke Kuantan untuk membantu sis ketika itu.


Bermulalah Jam 12 malam,stesen diserahkan pada saya sepenuhnya.
Panik,takut,gelisah semua bermain dalam kepala pada ketika itu..........
Anak kampung berada di Pentas Bisnes Global.
Syukurnya Pada Rezeki ,yang Allah berikan.

Dengan stesen yang kecil,hanya ada 4 pump dan 4 tangki..............
Sis sangat  bersyukur dan cukup dengan rezeki ini.



Sepanjang 6 bulan pertama.


Sis,
Berada dalam tekanan,untuk uruskan stesen minyak 24 Jam dengan zero knowledge dan turut kena uruskan 2 orang anak kecil.(Yang sulung berumur 8 tahun, No 2 berumur 3 tahun)

Suami sis ketika ini masih berkhidmat di Bandar Bentong,Pahang.
Proses untuk tukar ke Kuantan mengambil masa setahun.

Diberikan rezeki seorang pekerja yang baik bernama Arwah Riduan,supervisor pertama sis.
Al- Fatihah untuk arwah yang banyak berjasa pada sis dan keluarganya.Semoga arwah ditempatkan bersama ahli syurga.

Perjalanan 6 bulan ini,adalah perkara yang sis tidak dapat lupakan.

Sis perlu ke stesen setiap hari pada Jam 6 pagi untuk membuka pintu kedai.
Sis perlu menutup dan mengunci pintu kedai setiap hari pada Jam 11 malam.
Pada ketika ini,sis tiada kehidupan lain.
Setiap masa hidup sis hanya untk Shell dan anak-anak.
Makan atau tidak,sis sendiri pun dah lupa pada masa itu.

Cabaran

Pada suatu hari,
cabaran yang sangat besar untuk sis.
Anak no 2 sis, Damia mula sakit kembali bermula jam 3.30 pagi.
Sis terpaksa bawa Damia ke hospital terdekat,dan di hospital juga sis mendapat sms yang tanker minyak dah sampai di site.

Hanya Allah yang tahu perasaan sis ketika itu,
sis tiada supervisor pada ketika itu lagi,
tetapi arwah ridhuan selalu bantu sis semasa proses delivery.
Pada ketika itu,anak sulung sis (iesya) anak yang paling memahami kesusahan ibunya.
Sis tinggalkan Damia pada Iesya ,di hospital ketika itu.
Sis ke site untk selesaikan proses delivery yang mengambil masa hampri 1 jam.

Pengalaman Berharga

Kenapa delivery mengambil proses 1 jam.
1.Sis kena dipping semua tangki yang terlibat dengan produk yang di hantar.
Jika ada semua product,ke empat-empat tank sis perlu dipping.
sorang-sorang aje sepanjang beberapa bulan.

2. dah siap dipping,nak kena isi borang untuk proses penurunan minyak ,
dan  paling penting kena pastikan semua produk sama dengan invois.

3.Dah siap proses delivery,sis kena kira manual harga minyak ,
dan buat cek untuk past pada captain.
Ini tahun 2008 hingga 2009,lepas tu dah tak ada macam ini.
Semakin mudah,tengok2 esok duit dah tak ada dalam akaun.💋

Walaupun tanker sampai 4 pagi,sis tetap kena bangun dan bawa anak-anak ke stesen sepanjang setahun.
Ini kerana suami sis masih tidak dapat bertukar sepanjang setahun sis bermula sebagai Retailer Shell.
4am turun minyak,terus tunggu 6am untuk buka pintu stesen.
Solat dekat site,staff 630 masuk kerja
Sis berlari pulang kerumah,siap kan Iesya untuk ke sekolah dan hantar Damia ke nursery.
Tapi bila Damia sakit,sis terpaksa bawa ke Shell.

Jadual Harian

Kehidupan sepanjang 6 bulan pertama,
5am- bangun siap kan anak-anak sekali
6am- dah sampai site,buka pintu.
7am-terus hantar iesya ke sekolah,lepas itu hantar damia pula.
8am-balik ke Shell,support cashier atau tagging staff
9am-Proses closing,ke bank untuk urusan bank.
11am-balik ke shell,backup dan sambung kerja
1230 tghr- ambik iesya,bawak balik rumah,mandi dan bagi makan.
1.30pm- hantar iesya ke kelas Fardhu ain dan terus ke Shell selepas itu.
5pm-ambik iesya dan damia,bawak balik mandi-bersiap terus ke Shell kembali
11pm- kunci pintu kedai,dan balik kerumah untuk berehat.

Anak yang Baik

Sepanjang setahun,kami hanya berada didalam rumah beberapa jam.
Hanya untuk mandi ,rehatkan badan.
Orang yang paling banyak berkorban adalah iesya-kerja sekolah di stesen sahaja.
Hari minggu sepanjang hari di stesen,makan,solat.
Iesya walaupun 8 tahun,dialah penguat semangat ibu.
Weekend mesti tolong buat closing dan jadi cashier😻😻😻😻😻bahaya nie,buruh bawah umur.

Situasi

Kenapa situasi semua orang berbeza,kerana sis bermula dari 0 untuk sampai ketahap ini.
Kenapa sis boleh tahu semua perkara,kerana 6 bulan-semua perkara sis buat seorang diri.
Kenapa sis boleh tahu semua perkara,kerana sis alami semua ini sendiri.
Customer happy,customer marah,sistem down,dan pelbagai cabaran termasuk
 kena tipu dengan staff sendiri.
Pengalaman yang membuat kan sis tidak akan putus asa,sampai hari ini.
Jika hari ini sis rasa gagal dan susah,
sis akan ingat hari,
 sis bermula pada tahun 2008 ,
adalah perkara yang paling susah sis atasi.
 
 
Lumrah Kehidupan ada pasang surutnya, ada Susah Senangnya, itulah Penguat dan Pembelajaran untuk kita menjadi Orang yang lebih hebat dan Semakin Berjaya. Ya, jika orang Cakap, Cakap mudah, melaksanakannya Susah. Tapi sampai bila kita hendak berada di tahap kita yang sekarang? Mulakan perubahan kecil untuk Kejayaan akan Datang , dan hinggakan Anda Ucapkan Terima Kasih kepada diri Sendiri yang telah berusaha Pada Masa sekarang Kelak.
 
Terima Kasih Baca Pengalaman Sis di Blog ini. Sis kini berusaha untuk belajar Trend Baru Dalam Dunia Blogging.
Support Ye.. 


 




0 Comments