APAM PISANG BIBIK TM6



TM6

Patut beli atau tidak ?

Bergantung pada tahap keperluan masing-masing.
Untuk sis yang ada anak-anak perempuan yang suka memasak,
ada TM6 dalam rumah adalah keputusan yang betul.


Anak-anak sis suka explore macam-macam masakan. Anak Sis Ni namanya Damia dan Hanaa.
Kakak suka buat air,happy sangat dapat buat teh tarik dan green tea yang sangat hebat hasilnya.
Siapa sangka dapat minum teh tarik yang perfect dengan TM6.


Damia suka buat roti dan kek,TM6 nie bagus
siap ada penimbang,tak perlu nak guna banyak-banyak bekas.
Satu TM6 cukup untuk penimbang dan mix kan tepung kek/roti.
Adunan roti sangat cantik.


Hanaa,macam biasa suka jadi asst chef semua orang...
Kalau part hiasan dan sukat bahan-bahan memang part Hanaa.


Dengan TM6 ini, Kami satu keluarga memang rajin membaking..
Nak tau kenapa,sebab nak basuh TM6 pun sangat senang.
Biasakan susah nak basuh bekas mixer sebab ada kesan butter/marjerin/minyak.
Tapi dengan TM6,tak perlu susah payah,guna aje function pre cleaning-settle masalah ini.
Tak ada lagi minyak-minyak yang pening nak cuci.


Sis bukan penjual TM6,sis pengguna setia TM6 sebenarnya.
Setiap hari TM6 akan digunakan,kami panggil bibik yang terbaik.
Pagi-pagi dah bunyi TM6 untuk hasilkan soft egg dan buat coffee like barista.

Dalam gambar di atas,sis juga suka membeli pisau-pisau...
Suka ada pisau terbaik kat dapur,
Ini beli dengan Pak Nil masa ada promosi- tak silap harganya dalam RM129 
Harga sebenar Pisau CUOCO  420 Grade stainless stell ini RM 399
Dapat 5 size pisau dan tempat letak pisau yang cantik gituuu.
Sangat berbaloi dan pisaunya memang bagus.


Boleh Direct Contact Dengan Datin Yuzila jika berminat TM6
>> Klik sini untuk Chat Datin Yuzila, maklumkan dari Blog Sis okay ..





Sis nak cepat,kukus dapur biasa dan TM6,tapi lupa pula nak ambil gambar atas kukusan TM6.




Jom kita masak apam pisang kapas.

Pisang kapas banyak di tanam dekat  kerangkuning

Hanaa dan ayah


Kenapa kami banyak tanam pisang kapas,sebab kami sangat suka makan cekodok pisang.
Cekodok pisang dari pisang kapas memang sedap,
wangi masa mengoreng dan tekstur pisang nya
sangat sedap bila di makan.


Bahan-bahan nya
1.Mixer pisang kapas dalam TM6 dan dapatkan dalam anggaran 1 cawan
 
2.1 1/2 cawan gandum
 
3.1 cawan gula
 
4.1 cawan minyak masak
 
5.1 sudu besar susu pekat manis
 
6.1 biji telur
 
7.1 camca kecik baking powder
 
8.1 camca kecik soda bikarbonat

Selepas mixer pisang,keluarkan aje pisang dan terus mix gula dan telur sehingga kembang.
dan selepas itu masukkan semua bahan dalam TM6 mix aje sekali dalam 2 min.
Nak bagi apam lebih wangi,masukkan juga setitis perisa pisang.




Dah siap mixer semua,masukkan dalam bekas pengukus,pastikan bekas-bekas di sapu minyak dulu.
Senang nak keluarkan nanti selepas masak.

Jangan letak penuh yer,apam nie akan naik 2 kali ganda bila dah masak.😍

Kukus dalam 15 min juga,sampai apam tu berubah warna,ini confirm dah masak cantik.
Mesti warna seperti dalam gambar di bawah yer.




Selamat mencuba semua.
Nak cari pisang kapas dekat kerangkuningproduction
boleh lah roger kami yer.




0 Comments