BUBUR NASI BY KERANGKUNING





Kadang-kadang,
sebagai seorang Mak,atau sejenis orang yang susah nak makan makanan kedai...
Kita akan ada masalah untuk fikir apa menu yang kita nak masak untk diri kita dan anak-anak kat rumah kan.

Tapi Sis ada ramai anak-anak kat kerangkuning...
Bila nak masak aje,mesti teringat anak-anak kat kerangkunig.
Cuma masa dan kapasiti dapur sis tak dapat lah nak masak benda-benda special sangat tau.

Sis sejenis yang suka memasak walaupun bukan kategori pandai memasak,
Bagusnya, anak-anak di kerangkuning sentiasa berselera dengan masakan Sis.
Apa sis masak ,mesti licin di makan dan kadang-kadang tak cukup😉😉


Hari ini sis nak sharing bubur lambuk kerangkuning.


kebiasaan kalau sis nak masak bubur untuk makan pagi,
petang sis dah masakkan bubur dalam periuk nasi sis yang memang ada function bubur.

Pagi-pagi sis masukkan bubur kedalam periuk yang besar,panaskan dengan letak segengam ikan bilis dan masukkan sedikit santan.
Masukkan garam dan rasa lemak-lemak,sis akan tutup api dan biarkan aje atas dapur.

Bahan-bahan bubur yang lain..


Kerabu Crab stick

1.Celur 10 batang crab stick-buang plastik crab tu yer.
 
2.Potong atau cincang halus daun bawang,daun sup,cili
 
3.Sebiji Limau nipis
 
4.Cincang halus crab yang dah di rebus
 
5.Gaulkan semua bahan-bahan yang dah dicincang dan perahkan limau nipis,jangan lupa tambah garam dan rasa secukup rasa.


Ikan bilis goreng kicap

1,Goreng ikan bilis sebanyak yang anda suka.
 
2.Potong empat atau enam belah untuk sebiji bawang besar
 
3.Potong halus cili api,sebanyak dan sepedas yang anda suka
 
4.Guna sikit minyak yang goreng ikan bilis tadi,tumis dulu bawang besar sehingga layu
masukkan sesudu besar sos tiram,4 sudu besar kicap manis.1 sudu besar kicap masin.
Dah bau kicap masak sedap tu,masukkan ikan bilis yang dah digoreng tadi dan cili.
tutup api yer masa gaul ikan bilis dan cili.


Resepi Cakoi Garing

-1 cawan air*
 
-2 cawan tepung roti#
 
-1/4 camca teh yis segera,biasa sis guna mauripan aje#
 
-1 camca teh gula dan 1 camca teh garam*
 
-1/2 camce teh bikarbonat#
 
-1 camca besar minyak mazola*
 
-dan minyak untuk mengoreng nanti👄
 

satu ke dalam satu bekas untuk bahan-bahan yang bertanda *
dan sama juga asingkan bekas lain untuk bahan-bahan yang bertanda #


untuk bahan-bahan yang bertanda #,gaulkan sebati dan kosongkan ruanngan tengah untuk tuangkan bahan-bahan yang bertanda *.


Gaul sebati dan adunkan......lepas tu adun sehingga menjadi doh.
Bila dah menjadi doh,bahagikan doh kepada 2 bahagian berbentuk panjang dalam 40 cm
dan tutup doh tersebut.
Perap selama 1 jam.
Sis akan buat doh dahulu sebelum sediakan bahan-bahan bubur yang lain.


selepas 1jam,ratakan doh dah bahagikan size kecil dalam 1cm tebal dan 2 cm panjang,
biarkan lagi doh dalam 15 min
panaskan minyak dan sedia untuk mengoreng,


Minyak dah panas,jom mengoreng cakoi....
satukan dua doh,tekan tengah2 dan tarik dua hujung cakoi dengan copstcik supaya lebih panjang cakoi tersebut...sis suka tabur bijan atas cakoi...tabur dan goreng ia...
api jangan terlalu kuat yer,macam nak goreng donut aje.
dah siap,sis potong halus untuk makan denga bubur.


Akhirnya siap bubur kerangkuning sis...
sedap sangat tau.
wajib cuba yer.




0 Comments