PUDING CUSTARD MOCHI TM6




Sapa suka makan mochi.



Damia,puteri No 2...adalah peminat makanan Korea.
Apa jenis makanan Korea,semua dia hentam. 


Macam-macam challange lah dia buat dengan adik dan kakaknya,
Challange makan Ramen pedas,makan kek beras dan part yang bagusnya Damia,
Dia belajar bahasa Korea dan masak masakan Korea.

 

Macam biasa,Sis akan jadi mangsa damia untuk cuba buat pelbagai jenis masakan Korea,
yang boleh di makan oleh rakyat Malaysia macam SisπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
Sis suka makan mochi dan Kimchi,Kimchi satu tupperware boleh habis sis makan.
Setakat hari ini belum lagi mencuba buat Kimchi sendiri,nanti akan buat juga,
kena cari hari ada kerajinanπŸ˜†πŸ˜†


Tiba-tiba teringin nak makan Kimchi...sedappppppnyaaaaaaaaaa.



Kimchi yang sedap.





Kek Beras favourite hanaa.




Jom kita layan dessert mochi sis..


Sis peminat kuih manis yang berkuah.
Macam mana dapat idea nie,masa makan mochi dari sushi king..
Tekstur mochi yang kenyal-kenyal bila dimakan dengan kuah mesti lagi sedap.
Tapi tips untuk masak dessert Mochi ini,kena pastikan mochi masak betul-betul.
Kalau tak ia keras dan tak sedap di makan.


Sejak Sis ada Thermomix atau nama famousnya bibik moden,
apa bahan-bahan yang nak diuli,semua sis guna TM6 nie.
Memang kena puji dengan hasil TM6 ini,doh apa-apa mesti lawa sangat.
Hasil masakan sangat puas hati.

Kerajinan yang amat,siap buat bentuk strawberry dan berry-ini kak iesya banyak membantu.


Ini hasil sebab nak cepatπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚




RESEPI MOCHI DAN KUAH CUSTARD


Kita buat mochi dulu.......

MOCHI

Bahan-bahannya:
1. 2 cawan tepung pulut
2. Sedikit kapur di campurkan dengan air
3. Pewarna yang disukai,atau apa yang ada dalam rumah
    jangan membazir beli baru kalau tak kerap guna.


Cara-caranya:

 

Masa ini sis guna TM6 untuk uli Mochi..
masukkan tepung dalam TM6,guna mode doh aje.
Sis timing 3 min,campurkan air kapur tadi sedikit demi sedkit sampai jadi doh sebati.
cuba bentukkan,kalau ok dah boleh bentukkan apa rupa yang anda suka.
jangan lupa cmpr pewarna yang anda suka..
uli pewarna pun,sis guna TM6-cepat dan mudah.
dah siap doh diwarnakan...


Panaskan periuk atau guna TM6 senang,lagi cepat.
Guna mode utk masak pasta atau boleh aje guna normal mode dengan suhu 100 c.
TM6 nie senang,semua boleh kita buat manual aje.


Sis akan bentukkan mochi dan terus masukkan dalam TM6 atau periuk yang air dah panas,
masak dalam 10 min kalau periuk biasa,TM6 dalam 5 min dah ok sangat.
Kalau tak yakin,cuba ambik satu dan makan.
walaupun mochi timbul,tak semestinya dah masak betul bahagian tengahnya yer.
mochi yang dah masak,sis akan letak dalam bekas ada air sejuk...
tak nak bagi mochi ini melekat antara satu sama lain..


Untuk buat bentuk-bentuk,sis gunakan lidi sate ajeπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
strawberry bentuk macam strawberry,cucuk cucuk aje lubangnya.
blueberry lagi senang,bulatkan dan buat lubang bawah dan atas.
labu pula,bulatkan dan belah-belahkan dengan lidi untuk dapat rupa labu.
daun sangat senang,leperkan,bentukan lebih kurang daun dan guna lidi untuk jadikan jalur-jalur daun tu.
kalau banyak masa boleh buat...
Tips dia kena ada kerajinan aje....

Kuah Custard Mochi

Bahan-bahannya :
1. 4 sudu tepung custard
2. Setengah tin susu pekat
3. 1 tin susu cair
4. Buah campur dalam tin dan laici
5. Esen vanilla satu sudu
6. Air 2 cawan


Cara-caranya:

Tepung custard perlu dibancuh dahulu,
panaskan air dalam 2 cawan dan masukkan tepung custard yang dibancuh tadi,sentiasa kacau supaya tepung custard tidak berketul.
masukkan susu pekat,susu cair dan esen vanilla.
masak dengan api perlahan dalam 15 min.


Sis akan masukkan terus mochi ke dalam kuah custard yang masih panas.
dan last baru masukkan buah-buah dalam tin,pastikan air buah tidak dicampur dalam kuah custard.
Nanti masam dan cair sangat kuah custard.


Simpan dalam chiller dalam 4 jam,tunggu sejuk baru makan..
sedap yang amat.
musim-musim panas ini bolehlah cuba Dessert Mochi dari Sis di Facebook Kerang Kuning


Nak cari barang viral boleh pm kerangkuning


Semoga resepi sis dapat membahagiakan anda sekeluarga.
seperti sis membahagiakan team kerangkuning.


Yang berminat nak beli TM6 boleh PM kawan sis yang comel dan baik ini..
Jangan lupa inform kawan sis dapat no dari Blog sis...πŸ’•

Terima Kasih Sudi Membaca Blog Sis dan Menu Resepi sis hari ini..
Selamat Berhujung Minggu..


0 Comments