IKS-KEK LAPIS PREMIUM TERBAIK




Seperti yang diceritakan dalam Retailer in the house blog pertama saya.
Pada Dec 2019,sis mula menjual barang-barang IKS di KerangKuning dan pelbagai jenis kategori IKS yang mula di jual di stesen Shell sis.

Sepanjang MCO 2020,Sis belajar satu perkara yang perlu semua IKS di luar sana kena tahu tentang kebolehan produk anda untuk bersaing dengan produk-produk jenama besar.

Majoriti ramai nak support barang-barang IKS,tetapi jika hendak masuk pasaran yang lebih besar seperti ke pasaraya dan stesen-stesen minyak.
Perkara pertama yang anda semua kena faham adalah kebolehan bersaing.
Kebolehan bersaing ada banyak faktor.

Apa syarat untuk berjaya tembusi pasaran ke stesen-stesen minyak.

1.Kualiti

Kualiti,apa yang di maksudkan dengan kualiti.
Bahan yang di hasilkan berbaloi dan sama seperti yang di war-warkan.
Tidak mengurangkan berat atau bahan-bahan tanpa memaklumkan consumer.
Aktif promo barang-barang anda di sosial media supaya dapat menambah kepercayaan consumer.


2.Packaging

Bungkusan yang menarik,kemas,bersih membawa peranan yang besar.
Anda semua kena sedia maklum,bungkusan yang biasa-biasa tidak dapat menarik perhatian consumer apabila produk anda berada di samping jenama lain yang sudah lama atau terkenal.
Jika anda masih berdegil,anda akan kecewa dengan keputusan pihak stesen minyak,
kerana sepanjang setahun saya cuba membantu,tetapi hasilnya memang kecewa.
Walaupun sedap,team kami membuat promo,tetap hasilnya mengecewakan.
Ayuh berubah IKS,anda mampu berjaya.

3.Mematuhi syarat KKM

Kelemahan IKS kita,walaupun pihak kami memberi saranan.
Produk perlu ada tarikh luput,bahan-bahan isi kandungan,
alamat pengeluar dan juga rekod injection typod.
IKS kita melihat perkara  diatas seperti halangan untuk berjaya.
Hanya sedikit usaha dan pengorbanan masa,anda mampu membawa produk anda lebih jauh.

4.Harga pada pengedar dan harga Jualan

Proses meletakkan harga,IKS di luar sana perlu sedia maklum.
Stesen minyak apa jenama ,tetap mempunyai Royalty charge pada OIl Co mereka,
setiap jenama semestinya berbeza royalty charge.
Dalam pengiraan kos jualan yang diberikan,
adalah amat perlu memahami kos-kos yang ditanggung oleh pihak stesen minyak.
Pengiraan harga kos dan jualan perlulah berdaya saing.


5.Contoh IKS berjaya

Antara produk IKS yang boleh di jual dan mendapat sambutan adalah seperti kek leleh Azlina ina
Jika kita review,follower Azlina ina sangat hebat,maka apa produk yang dihasilkan oleh beliau telah ada kepercayaan di kalangan follower beliau.
Packaging biasa-biasa,tetapi kekuatan follower dan brand menyebabkan produknya laris.


Produk IKS yang saya nak sharing hari ini adalah Khadijah kek Lapis Premium.





Produk kek Lapis Premium dari Puan Khadijah sangat berbaloi dengan harganya dan setaraf dengan kaualiti keknya.
Hampir 3 tahun kami telah menjual kek lapis dari Khadijah kek lapis.
Tiada perbezaan harga yang ketara,Di kuantan kami menjual dengan harga RM 38 untk yang bersize S.
Di kedai Puan Khadijah harga size M RM 35.

Hendak ke Shah Alam atau by pos,kos kek lagi mahal jika hendak di bandingkan membeli dengan kami jika pelanggan orang Kuantan.
Kami juga perlu mengira kos transport dan kos bayaran royalty yang perlu di bayar kepada Pihak Shell.
Dengan sedikit perkongsian ini,harap lebih banyak IKS di luar sana dapat bersaing dengan jayanya.

Jika anda ada produk yang baik dan mencukupi syarat-syarat di atas,jangan segan,jangan malu.
Pm kami di kerangkuning.



0 Comments