Nasi Lemak Pandan VS Sambal Sotong Resepi RIngkas | Muzlina.com |
NASI LEMAK PANDAN VS SAMBAL SOTONG
3 Julai 2021
Kuala Kuantan 1 dan 2 di kenakan PKPD lagi sekali.
Tekanan demi tekanan di hadapi oleh semua orang pada masa ini.
Yang baru berniaga kedai makan,baru nak merasa dapat menjual lebih sedikit dari PKPD sebelum ini,kembali teruk.
Covid tahun 2021.
Memberi kesan yang teruk pada ekonomi,mental rakyat kini.
Semua pihak mula terbeban,ada yang mula mengambil tindakan di luar kawalan normal.
Apakah kesan pada bisnes sekarang..
Yang pasti jawapan nya sangat teruk...majoriti kehilangan pendapatan lebih daripada 50%.
Bagaiman syraikat besar hendak bertahan dengan pekerja yang ramai,
hendak teruskan operasi dengan pekerja yang kurang ,turut memberi kerugian pada syarikat.
Akhirnya,mereka mula mengangkat handbrake,stop operasi sebelum sumber kewangan menjadi negatif.
Kemana hala tuju pekerja yang hilang punca pendapatan?
Adakah ekonomi kita akan lebih baik selepas ini?
Pelabur asing akan terus setia ?
Pelabur asing ada yang akan berminat untuk membuat pelaburan?
Kita semua tidak pasti,kerana kita hanyalah seorang rakyat biasa,yang bergantung pada
Pemimpin untuk memastikan negara kita selamat dari semua faktor.
Apakah kesan Pendidikan pada Anak-anak?
Sebagai ibubapa,kita semua sudah bercelaru...
Bagaimana anak aku nanti ?
Risau anak jadi pemalas?
Risau anak tidak dapat ilmu yang baik ?
Risau apa akan jadi pada anak-anak ini nanti?
Semoga kita semua mendapat hikmah yang baik pada masa akan datang.
Hari ini sis masak nasi lemak pandan,sambal sotong,sambal bilis petai,telur rebus...
siap dengan dessert favourite husband sis,caramel pudding.
Nak masak nasi lemak pandan untuk 6 orang makan.
1.Biasa sis suka guna beras basmathi,tapi hari ini beras habis pulak๐
๐
๐
Jadi guna 4 pot beras biasa.
basuh dan asingkan
2.Masukkan air 4 pot dan 2 pot santan kotak kedalam periuk.
masukkan 2 helai daun pandan,serai sebatang di ketuk,halia 3cm dihiris halus,garam dan gula sedikit.
Sis masukkan juga 1 sudu butter(minyak pun boleh),nak bagi nasi tak melekat antara satu sama lain.Comell gitu.
Rebus sampai mendidih,masukkan beras tadi.
Masak sampai siap yer...sis tak guna periuk nasi.
Jadi bila dah nampak air kurang,kacau sikit nasi,api paling slow dan tutup periuk.
dalam 3 min nasi dah masak ,bila dah kering sepenuhnya air.
Kalau tak kofiden,masuk kan ajelah beras dalam periuk nasi automatik๐๐๐๐
sukatan sama aje.
Sambal sotong versi pedas manis
1.Tumis satu senduk cili boh dan ( 1 ulas bawang besar,4 ulas bawang merah,3 ulas bawang putih-bleand ) dengan minyak yang tenggelam kan cili boh dan bawang tu.
tambah gula sikit.
2.Dah pecah minyak ,nampak cantik,masukkan air asam jawa,bagi pecah minyak balik.
dah ok,masukkan sotong garam dan ajinomoto.
nie jangan lama masak sotong,nampak aje sotong dah mengecut,terus tutup api.
Dah siap menu kita,jangan lupa rebus telur dan timun.
Kalau ada yang follow resepi sis, Nanti sharing la ya artikel ini untuk manfaat yang lain. Terima Kasih.
Iklan sikit Blog yang sis suka baca :
0 Comments