NASI DAGANG ATAS TOL
IKS DI SHELL KERANGKUNING


21 JULAI 2021

PKP SAMBUNG ,LEPAS TU PKPD BALIK ,KEMBALI KE PKP.


Tahun ini,
Aidilfitri dan Aidiladha ,kita masih diberi rezeki untuk sambut raya di rumah sendiri dan juga di Tanah Air sendiri walaupun tidak dapat berjumpa atau berkumpul seisi keluarga.


Setiap hari, kita semua semakin gerun dengan angka-angka covid,
tetapi sebagai orang dewasa dan juga ketua keluarga,
memastikan ahli keluarga di dalam rumah atau di rumah lain tetap rasa selamat adalah satu tanggungjawab yang berat.


Sis sebagai seorang Isteri,Ibu dan majikan pada hampir 65 orang pekerja,
Tanggungjawab yang digalas adalah satu Amanah yang sangat berat.
Tanpa sokongan Suami dan anak-anak,
Tanpa sokongan Ibu dan arwah Ayah(Al-Fatihah utk Ayahanda Mat Hashim bin Mat Hassan),
Tanpa sokongan Adik comel(meksah),
Tanpa sokongan Abang2 (Ayi & Anyoh) dan Mek Linda,
Tanpa sokongan sahabat yang memahami,
Tanpa sokongan Staff-staff yang hebat,
Tanpa sokongan keluarga-keluarga staff yang memahami,
Tanpa sokongan dan kepercayaan Shell dan Kings Bakery,
Sis tidak mungkin mampu capai apa yang ada pada hari ini.
Syukur dengan Rezeki yang Allah berikan....

Datangnya mereka yang baik-baik ,untuk memudahkan urusan ku,
Datangnya mereka yang membawa seribu cabaran ,adalah untuk menjadikan aku  hari ini.
Pengalaman demi pengalaman yang tidak boleh dibeli.
Cabaran demi cabaran yang hanya diri ini perlu tempuhi.
Kejayaan sebenar adalah kejayaan menghadapi cabaran hidup di alam bisnes.


Begitu juga cabaran IKS-IKS di luar sana.

Cabaran demi cabaran perlu kita semua tempuhi....

Percayalah,Kejayaan hanya akan kita capai apabila kita bersedia menempuhi segala cabaran.

Pekakkan telinga,butakan mata- Fokus pada Impian bersama keluarga tercinta. 


IKS PART 5

Hari ini Sis akan berkongsi IKS yang sangat hebat..

NDAT- NASI DAGANG ATAS TOL



Nasi dagang atas Tol adalah nasi dagang yang famous di negeri terengganu.

Kenapa nama nya Nasi dagang atas tol,ini kerana branch utama nya adalah di kampung atas tol.

Tempat bermulanya nasi dagang atas tol ini,sekarang nasi dagang atas tol dah banyak branch dan yang lebih menarik,kita semua dapat pula memasak sendiri nasi dagang atas tol ini.


Sis dari kecik sampai sekarang hidup makan nasi dagang atas Tol...
Walaupun orang cakap nasi dagang lain, ada yang lebih sedap,tapi anak tekak sis dan perut sis yang bulat ini tetap setia dengan nasi dagang atas tol๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ

Jadi tak hairan,walaupun sis dah menetap di Kuantan...boleh dikatakan sis sanggup balik ke kuala terengganu selalu semata-mata nak makan nasi dagang atas tol.

Kalau balik terengganu nak bawak arwah ayah atau ma ke hospital atau lain-lain urusan,
wajib breakfast dulu yer di kedai nasi dagang atas tol...

Selalunya sis sukalah whatapps tauke manis Saidatul,baik dan menyantuni pelanggan sentiasa.
Betapa sis ini adalah peminat fanatik NDAT,jamuan raya 2019 di shell kerangkuning ,
menu utamanya adalah nasi dagang atas tol.Dibawa dari terengganu ke kuantan.

OK,sekarang sis bukan sahaja pelanggan setia,dah jadi EJEN NDAT yang sah...
Sis  dahj jual set beras NDAT hampir 3 tahun bersama .

Jom kita tengok apa produk-produk NDAT yang hebat sangat,sampai sis pun jadi EJEN NDAT.



click aje boleh sampai ke kami.


Ini produk utama dari NDAT 

Semestinya Nasi Dagang yang boom bastik sampai termimpi-mimpi.
Lagilah termimpi bila buat sendiri hasilnya kedeboom๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฅ
Gambar diatas adalah set pes nasi dagang,

Set Pes ini adalah keluaran yang kedua,yang awal-awal Sis jual set rempah NDAT.

Masih lagi di jual,tapi untuk mereka sibuk atau first time nak cuba masak sendiri,
Sis galakkan beli yang set Pes yer...takut terkecewa sebab kuah tak kedeboom.




Yang beli set rempah,ini cara masaknya.
senang kan.



Ini pula cara untuk memasak menggunakan Pes NDAT,
lagi magic sebab step lagi pendek...๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ
jadi dengarlah nasihat sis.
Sila beli yang set Pes yer.
Nak beli mana , click sini yer >> https://linktr.ee/kerangkuning


Produk kedua NDAT



Sapa suka makan gulai ayam atau daging,wajib cuba.
Di terengganu,kami makan dengan nasi minyak,dan berita baiknya....
NDAT keluarkan set Nasi Minyak bersama Pes Gulai Kawah.
Panas,panas lagi nie....
Yang berminat kena cepat tau.



nak cari kat mana,semestinya shell kerangkuning


Berita best untuk kau orang semua lagi.


Kami pun jual pes aje...
dengan pes NDAT,macam-macam masakan lagi boleh terhasil.
Hebat tak...
sangat hebat untuk ibu yang bussy macam sis.
NDAT banyak bantu sis menjadi seorang Ibu dan Bos yang hebat.
Apa tak hebatnya...kena tengok hasil berat badan team kerangkuning๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Sis bagi menu gambar dari koleksi NDAT.
semoga mendapat inpirasi nak masak apa hari ini.
tak perlu masuk group masak apa tak jadi dah๐Ÿ’


Lamanya tak makan lala,biasa lala sis suka masak lemak putih atau singgang aje.





Dapat cari udang paya sedapp nie kan..mesti warnamya merah meletup



Favourite sis nie,sis sekarang guna laksa beras kering aje,sebabnya susah nak dapat laksa beras terengganu kat kuantan nie.

Nanti sis bagi gambar yer.

Laksa nie rendam aje semalam,biasa sis tak rebus...
dah rendam semalam-pagi esk celup2 dlm air panas aje.
Senang tak resepi sis.


Click link shoppe nie kalau nak beli shopee laksa


Rebus telur aje...makan pun nyandor kenyang.


Kari kepala ikan...
Jangan karikan kepala suami sudah.....




Gulai udang pun boleh...
Memang tip top kalau ada tetamu kat rumah kan.
Jeling-jeling tetamu ke kita...pandai dan sedap gituuu.



Esok gie beli ayam pencen ke,ayam kampung ke..
Nikmat makan dengan nasi putih sambal belacan power...




Ada yang alergic atau tak makan ikan aye vs ikan tongkol...
jangan sedih sangat,tukar aje pada ikan tenggiri tau..
ikan kayangan kat kuantan nie.




Kan ada pulak cakap dengan sis...
saya dua orang aje nie..
jangan risau,jiran kan ada...
sharelah masakan kita yang sedap tu...
jiran pun gembira..
kita lagi gembira dapat makan sedap kan.
macam sis selalu share makanan dengan team kerangkuning.



Pada IKS diluar,boleh lah dapatkan idea dari NDAT yer...
menu-menu NDAT memang terbaik.
Sis Masak nasi dagang dalam TM6 sebab cepat dan cantik kejadiannya.


nie masak satu kawah untuk perut-perut anak-anak di kerangkuning....



Mana team kerangkuning...

tu dia...cepat-cepat...


Terima kasih semua...
Mana yang tak ada idea nak masak apa,
Bolehlah cuba produk dari NDAT.

Yang ada produk boom bastik...


Cari kerangkuning yer...

Klik Link di bawah :

https://linktr.ee/kerangkuning

0 Comments