Pisang Salai IKS Di Shell Kerang Kuning | Muzlina.com |
IKS -PART 6
PISANG SALAI IKS DI SHELL KERANGKUNING
Kehebatan IKS mula terserlah pada musim MCO 2020.
Pada tahun lepas,lambakan barang-barang IKS yang bertaraf international.
Produk IKS lagi di banggakan bila produk tersebut setaraf produk international dari segi kualiti dan packaging.
Disebabkan ini,Sis memilih untuk mempromosikan produk-produk IKS yang sangat hebat ini.
Cukup bangga dengan NILOFA yang dapat hasilkan air minuman yang digemari oleh masyarakat Malaysia.
Apa yang lebih menarik,selepas Air Pisang Nilofa mula viral di Malaysia,maka Jenama-jenama terkemuka ,mula menghasilkan produk yang sama.
Tetapi sebelum kami menjual air Susu Pisang jenama Nilofa,kami sudah menjual barang-barang viral international.
Produk yang berasas pisang yang kami mula-mula jual adalah Banana Puff,pastry dari Shell Deli2go.
Untuk air pula,sis masukkan air yang tengah famous ketika itu,ialah air Pisang Binggrae dari Korea.
Sedap sangat air perisa pisang Binggrae,cuma CABARAN untuk mendapatkan stock yang amat susah pada ketika itu.
Sebelum ada barang-barang dari IKS yang hebat-hebat,
sis banyak masukkan produk dari negara lain yang tengah viral.
PISANG SALAI TOKMAD
Siapa sangka,pisang salai tiba-tiba membanjiri Malaysia pada tahun 2020 ketika MCO.
Pada siapa yang pernah baca blog sis sebelum ini,
Sis ada maklumkan, yang sis adalah seorang yang sensitif dengan makanan,
sebab perut yang manja kededek - ini kata arwah ayah Sisππ
Arwah ayah kerap bercerita dengan masalah perut Sis,
Maklumlah,sis anak perempuan pertama yang di tunggu selepas Arwah ayah dan Ma mendapat dua orang Putera katak yang kacak gituuuuuu.ππππ
Sis dilahirkan di Besut,Terengganu...disebabkan Kedua ibubapa sis bertugas di sana.
Maka Sis dilahirkan nun jauh disana...ππ
Bermula episod perut yang sensitif apabila Ibu Sis mula memberi susu formula kepada sis,
Ini kerana ibu sis mula bekerja dan masa bekerja yang tidak menentu.
Maklumlah,ibu sis adalah jururawat ibu dan anak-anak di klinik desa,maka masa bekerja tidak menentu ,ada aje panggilan ibu-ibu yang nak bersalin-maka ibu sis memang kena ke rumah pesakit.
Tidak kira jam pukul berapa, 2 pagi,4 pagi....
Sis dengan adik beradik sudah biasa dengan suasana bangun pagi ,ibu tiada dirumah.
Kami dibesarkan dengan Ibu dan ayah yang jarang berada dirumah.
Maka semua cepat matang dan saling membantu.
Masalah perut sensitif ini sampai sekarang sis tetap alaminya.
Maka terlalu berhati-hati dalam pemilihan makanan dan produk untuk dijual adalah kerana bertahun-tahun sis adalah orang yang kerap mengalami sakit perut bila makan,makanan yang tidak disediakan dengan baik.
Nasihat Pada IKS di luar.
1.Jaga imej produk anda dengan memastikan kualiti produk adalah sama setiap keluaran.
2.Jaga imej produk anda dengan memastikan patuh pada apa yang KKM tetapkan.
3.Jaga imej produk anda dengan mengambil pendapat pelanggan.
4.Hasilkan produk yang sentiasa orang perlukan dan suka.
5.Hasilkan produk mengikut trend tapi jangan banyak.
6.Bertanggungjawab atas segala isu dengan produk anda.
Semoga anda semua berjaya.
Dan jangan lupa cari kami di kerangkuning kalau ada produk yang bombastik...π
Contact sini untuk cari kami >> Klik > hello kerangkuning
Terima Kasih Kerana Membaca Blog Sis Hari ini.
Selamat Maju Jaya..
0 Comments