Sambal Belacan TM6 Hasil Petani Kecil di Kuantan | Muzlina.com |
SAMBAL BELACAN TM6
HASIL TANAMAN PETANI KECIL
Best kan team Facebook kerangkuning boleh berangan-angan macam-macam.
Next IKS yang kerangkuning support pada PKP Julai 2021 adalah petani kecil.
Kenapa idea support petani kecil ini tercetus,ini kerana Pasar Besar Kuantan telah ditutup kerana terdapat positif Covid di kalangan penjual di Pasar Besar Kuantan.
Bukan penjual aje terkesan dari penutupan Pasar Besar,
petani-petani kecil turut terkesan dengan wabak ini.
Sis tidak mengambil untung dari kesusahan Petani kecil ini,
sis hanya membantu menjual dan tidak sangka,
ramai yang membeli untuk sumbangan FOODBOX di facebook.com/kerangkuningproduction/
Nama petani kecil yang menghantar hasil tani nya adalah En Kamarul,
seorang yang sangat menyantuni sesiapa sahaja yang beliau jumpa.
Sangat selesa berurusan dengan En Kamarul dan Sis faham akan kesusahan beliau,
hasil tanaman yang akan rosak setiap hari.
Maka sis berniat membantu sebagai seorang sahabat muslim,
membantu mereka yang buntu walaupun situasi ekonomi di kerangkuning juga tidaklah normal seperti biasa.
Sebaik-baik seorang muslim adalah membantu seorang muslim yang lain walaupun dirinya dalam kesempitan.Semoga Allah memudahkan urusan semua orang termasuk team kerangkuning.
PAKCIK TAK MEROKOK
PAKCIK NAK MENCILI AJE NIEπ
Inilah rupa sayur-sayuran yang dijual di kerangkuningproduction
Yer...sangat-sangat segar,harganya sangat berbaloi, hanya RM 3 untuk setiap paket.
Belilah sayur apa jenis,setiap paket hanya RM3.
Murah kan,sekarang sis boleh jual sekurang-kurangnya 60 paket sehari.
Alhamdulilah,rezeki Petani En Kamarul,semoga ia dapat meringankan sedkikt beban beliau kini.
Hari ini 15 julai 2021.
Sis nak buat sambal belacan dari cili segar yang di jual di shell kerangkuning.
Sambal belacan nie,sis nak cuba buat dengan bibik TM6πππ
Bibik canggih nie,sis beli dengan Datin Yuzila.
(sapa2 berminat boleh contact Datin Yuzila nie- Klik di sini untuk Contact Datin Yuzila )
Jangan contact sis kalau nak beli TM6,
nak beli barang-barang lain dikerangkuning boleh contact sis.ππ
Jom Mencili hari ini...sambil geram tengok angka covid hari ini.....
Kalau lah sis boleh cilikan kau covid...sis dah buat utk rakyat Malaysia.
Resepi Sambal Cili geram ke Angka Covid -13215
1.Guna 3 paket cili merah yang besar
2.Dua paket cili api
ok dua bahan nie,sis masakkan dulu dalam TM6
Kena buat dua kali,sebab cili banyak sangatπ
π
Sis lupa nak ambik gambar sebelum blend cili ini.
sebelum blend sis masukkan belacan dalam satu sudu kecil,belacan nie sis bakar dulu yer.
Masukkan 4 sudu besar gula
1 sudu besar garam
1 sudu besar serbuk perasa
4 sudu besar cuka.
Cantikkan kejadiannya,dah cantik macam nie,kalau berani rasa dulu,ngam tak semua rasanya.
ππππππ
dan part last,sis perah limau nipis yang sis beli dengan Petani kecil juga,
sis perah dalam 4 biji...sedapnya bau sambal belacan ini.
thank you pembantu sis hari ini-Kak Iesya(Puteri sulung sis)π
Part last
apa lagi masukkan dalam bekas untuk diberi kepada Team kerangkuning ,supporter utama sis.
nampak tak supporter Sisππ
Mengancamkan sambal sis.
Limau nipis terlampau banyak,nak bagi cantik aje tu.π
Tak ada kena mengena dengan rasanya.
Terima kasih pada semua pembaca blog sis.
Pada yang berminat dengan TM6
boleh contact Datin Yuzila yer- 0192197909
Pada IKS diluar sana,yang ada barang-barang hebat dan boom bastikkk..
Jangan lupa cari kami di Kerangkunig gituuuuu.
Semoga anda semua mendapat keberkatan dan dipermudahkan segala urusan.
Doakan sis dan team sis menjadi orang yang baik dan kuat semangat.
Terima Kasih Sudi Baca Blog Sis..
0 Comments