SAYUR LEMAK TIMUN JEPUN




Hari ini 13 julai 2021.

Angka covid di Malaysia mencapai 11,079 orang.
Semua rakyat Malaysia sudah ketakutan,bukan sekadar takut dengan jangkitan,tapi turut takut dengan kewangan dan mental ahli keluarga.


Ya Allah,lindungilah kami semua di seluruh dunia ini,dari wabak ini.
Pemudahkan urusan semua umat mu di Dunia ini.
Kami hanya manusia kerdil yang tidak mampu melakukan apa-apa tanpa izin mu Ya Allah.


Seperti biasa,team sis perlu bekerja................
Dari MCO pertama 2020,kami bekerja dalam ketakutan sehingga hari ini.
Frontliner yang tak di beri keutamaan untuk mendapat vaksin,dan kamilah yang menjadi jentera untuk keperluan semua pihak.


Disini kami terpaksa menghadapi pelbagai kerenah masyarakat,terutama kerenah yang tidak percaya covid itu akan menjangkiti kita semua dengan mudah,covid adalah satu wabak yang tiada ubatnya dan covid juga mampu mengambil nyawa kita.
Perkara yang kami tidak mahu hadapi adalah kematian dalam covid,kami tidak sanggup menghantar ahli keluarga atau diri kami sendiri ke rumah terakhir ,tanpa sanak saudara dan ciuman keluarga.
Tahlil dan segalanya tiada di musim covid ini,Ya Allah sedihnya kami semua.
Kami sentiasa mendapat berita kematian,saudara dan sahabat....walaupun bukan kematian covid,kami tetap tidak dapat berjumpa untuk menghormati dan mengurangkan beban kesedihan keluarga dan sahabat kami yang kematian ahli keluarga.


Hari ini juga sis mendapat berita pemergian suami sahabat sis.........
Hati ini terasa sunyi,sedih sepanjang hari...
Bila kah hari aku,suami ku,anak-anak ku dan keluarga ku....
Semua di dunia hanya sementara,semoga kematian kami semua tidak membebankan mereka yang hidup.
 
 
Seharian hari ini,otak hanya berfikir kematian....
Hidup dan Mati adalah Pasti,bersediakah kita semua.
Ya Allah,kematian,ziarah ke kubur tiada lagi pada masa ini-kami manusia semakin hari semakin lupa.
Rumah Mu Ya Allah kini sepi tanpa Jemaah di hari biasa dan Jumaat.


Seperti biasa,sis  pulang dari kerja..
sis akan masuk kedapur untuk menyediakan menu makan malam keluarga sis.
Ikan tenggiri dah ada di bahagian chiller,tapi sayur tak ada ??????
Nak masak apa,dalam kepala tak nak masak yang remeh-remeh,sebab hati masih berfikir tentang sahabat yang kematian suami tersayang.
Ikan singgang,tapi beberapa hari lepas baru sahaja makan ikan singgang ikan aye,
tak kan singgang ikan tenggiri pula....tak nak lah,kesian pada anak-anak.


Sis decide, goreng ikan dan buat sayur lemak timun jepun aje...YesπŸ’

IKAN TENGGIRI GORENG.


Bahan utama ,semestinya ikan tenggiri
hari ini sis guna 3 keping ikan tenggiri,
cukup untuk kami 5 beranak
ikan sis perap dengan 1 sudu besar cili boh dan satu sudu kecik kunyit.
sedikit garam dan serbuk perasa jika suka.
Perap dalam 5 min aje,sis terus goreng ikan...
Tips nak goreng ikan,jangan api terlalu panas,nanti garing dekat luar aje,dalam tak masak.
Sis suka mayang bawang besar,goreng sekali dengan ikan,suka rasa manis bawang goreng.

sambil goreng ikan,sis masak sayur timun jepun ini...


SAYUR LEMAK TIMUN JEPUN


1.Tumbuk seulas bawang merah kecil dengan 10 biji lada hitam,tumbuk jangan lumat sangat yer.
 
2.Masukkan air dalam setengah cawan dalam periuk,panaskan dan masukkan bawang dan lada hitam yang ditumbuk tadi.
 
3.Dah bau bawang dengan lada hitam  masak,masukkan satu senduk kecil santan kotak dalam rebusan air dan bawang tadi.
 
4.Sis masukkan serbuk ikan yang sis beli dekat pasar malam aje,selepas santan dah masak,
tutup api ,letak timun yang di potong dadu dengan carrot sikit kalau nak.
 
Nak bagi cantik letak lah lada merah sikit yer.
Last sekali perah limau nipis sikit dan jangan lupa letak garam dan serbuk perasa jika suka.




Ini sambal ikan yang sis guna,ada jual dalam shoppe dan lazada juga.



Akhirnya siap menu simple keluarga sis hari ini.
Tak lupa juga kicap cap kipas udang ini.
Ada cerita yang lucu di sebalik kicap iniπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Kicap ini diperbuat dari apa yer???

Soal suami sis pada adik sis.

Adik sis dengan yakin nya menjawab,
kicap cap kipas udang,mestilah dari udang lahπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†
Satu rumah ketawa,
ketika ini adik sis masih bujang dan pada masa ini kami tengah bersahur.
Sahur yang sangat cerah mata ..dan tak kan dilupakan.πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹






0 Comments