MUDAH DAN RINGKAS 

AYAM GORENG MAMAK






Blog ini dibuat khas untuk adik bongsu
Yang paling manja kededek dalam rumah
iaitu MekSah.


Blog Sis terhasil pun,
hasil dorongan sifu MekSah nie lah.
Ada apa dalam blog MekSah,
Dah jangan banyak tanya,
Sila click dan jalan-jalan yer dalam blog MekSah.


Sis ada 5 adik beradik,
Sis anak No 3 dan paling special,
Sis adalah anak sulung perempuan,


Anak perempuan pertama,
Ayah dan Ibu sis impikanπŸ˜†πŸ˜†,
Pada adik-adik Sis,
Silalah merajuk,
tak ada sapa nak pujuk tau.


Belum cukup umur 2 tahun,
Sis dah jadi kakak,
Kesian abang sulung Sis,
Makin ramai adik-adik nak kena jaga.
Orang yang paling sayang adik-adiknya,
Orang yang banyak berkorban masa kecilnya,
Berkorban masa remaja untuk menjaga adik-adik.


Kami cepat matang dari umurnya.
Memang betul...
Kami cepat matang dari umur kami,
Kerana.....


Ibu dan ayah kami bekerja tak tentu masa.
Ibu kami banyak berkorban masa,
membantu menyelamatkan banyak nyawa.
Ayah kami sentiasa meninggalkan kami.
untuk memastikan kami adik beradik,
mendapat kerperluan secukupnya.


Jadi siapa yang jaga kami.
Siapa lagi,
Abang kami yang sulunglah.
Beliau lah yang siapkan makan minum kami,
pakaian kami,dan kena layan kenakalan kami.


Ibu pernah cerita,
Masa sis kecik,
Sis nie kuat menangis,
Maybe sebab dah tahu ada adik akan datang,
πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
Jangan tanya lah,Kenapa kuat nangis.
Bukannya Sis tahu...


Disebabkan kuat menangis,
pada suatu hari,
abang tergopoh-gopoh nak siapkan susu untuk sis,
sekali,
Air panas tumpah atas abang,
Meraunglah abang sis.
Kesiankan abang sis.


Adik-beradik sis,
bukan dari keluarga seperti kebanyakan orang lain,
Ada mak dirumah untuk siapkan semuanya.
Kami dilatih untuk membantu satu sama lain.
Kami tiada pembantu,atau mak yang akan
ada dirumah menunggu kami.


Ada ketika,
bangun pagi,mak pun tiada dirumah.
Dah terbiasa,
malam-malam bunyi ketukan pintu rumah,
Bukan hantu ketuk pintu tau,
Bapak-bapak yang mencari Mak Sis,
untuk bantu kelahiran anak-anak mereka.


Sebagai anak perempuan yang sulung,
Siapkan diri sendiri untuk ke sekolah,
Sebelum ke sekolah,
Bantu kemaskan rumah,
Dari bilik Mak,sampai semua bilik
hingga keruang luar rumah.


Seumur 7 tahun,
Tahun pertama semua orang bersekolah,
Hari pertama ke sekolah rendah,
Sis hanya keseorangan dirumah.
Seawal jam 630 pagi,
Ayah,Ibu,Abang-abang dan adik sis,
semua ketempat kerja dan sekolah.
Tinggal sis seorang dirumah,
Kerana sis bersekolah pada waktu petang.
Kemaskan rumah,bersiap sendiri.
Tunggu pakcik datang ambik untuk hantar ke sekolah.
Pada masa ini,
Sis sentiasa diingatkan,
Kunci pintu,pastikan semua tingkap tertutup,
Bawak masuk kain dijemuran,
Dan pastikan semua kipas dan lampu telah ditutup.
Umur 7 tahun,dah pegang kunci rumah😍


Sis sentiasa berseorangan sehingga lah,
Muncul puteri kededek ini,
Kenapa sis berseorangan,
kerana waktu persekolahan sis,
tidak pernah sama waktu ,
dengan abang dan adik sis.
Sis sesi pagi,orang lain sesi petang,
Sis sesi petang,orang lain sesi pagi.
Dari umur 7 tahun hingga 12 tahun,
Sis sentiasa dirumah berseorangan.


Sis dapat adik bongsu ,
masa umur 11 tahun.
Pada umur 12 tahun,
setiap kali balik sekolah,
sis berjalan kaki,
dan akan lalu di hadapan rumah penjaga adik sis.
Wajib sis berhenti,

 

Sebabnya,
budak kededek nie dah tunggu depan pintu,
Dengan muka macam kerang busuk,
Tapi pakai bedak sebalang kat mukanya,
πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†
Sis hanya berdiri di luar rumah penjaganya,
Entah apalah sis borak dengan budak ni,
setiap hari lepas 1 jam borak kat luar rumah,
baru sis boleh bergerak balik kerumah.
Bayangkan setahun macam ini.


Masuk tingkatan 1,
Sis mula pujuk Ibu Sis,
Untuk sis bawa balik adik kededek nie,
Tapi syarat yang Ibu sis bagi.


Syarat-syaratnya
1.Kena dukung adik dari rumah pengasuh hingga kerumah.
   hmmmm 1 kilometer juga nie,
   orangnya macam anak badak,
   bukan ringanπŸ˜›πŸ˜›

2.Kena Jalan tanpa henti,terus berjalan sampai rumah.
   hmmmmm, memang aniaya betul syaratnya.

3.Barang-barang adik,tak perlu bawak balik.

4.Sampai rumah,terus mandi.
  Lepas tu mandikan adik dalam sinki...
πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†
 nampak tak,sapa anak kesayangan sebenarnya.
 memang anak kayangan kan.

Tapi,
sebab kesian ,dengan muka kededek nie,
sis relakan hati,
paksakan diri untuk dukung budak, 
seberat badak air nieπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Hahahahaha,
Dialah kawan sis,
Dialah yang paling memahami sis,
Dari kecik sampai sekarang,
Setia bersama Sis.


Jom kita layan lagu badak
best juga tau.. Jom Dengar Di Bawah



Mai kita start masak 

Ayam GORENG mamak chicken dance.

pasang lagu nie sekali

Lagi meletup-meletup rasanya tau.


BAHAN-BAHANNYA:

-Ayam separuh.
potong ikut suka tau,
sis suka potong cincang,suka rasa rangup-rangup

-tepung jagung 3 sudu

-Tepung beras 3 sudu

-Rempah kari 2 sudu

-Daun kari-tak kisah nak berapa banyak

-Bawang putih 5 ulas

-1 inci halia

- sedikit pewarna merah

-serbuk lada putih

-garam,gula dan serbuk perasa

-telur sebiji
  
jangan lupa minyak masak pula.

Cara-caranya

Bawang putih dan halia ditumbuk hingga lumat.

masukkan pewarna semerah yang anda suka.

Gaulkan ayam dengan semua bahan-bahan diatas

dan perapkan selama 1jam,lagi lama lagi sedap.


Lepas tu,goreng aje seperti goreng ayam biasa.

Siap,senangkan.





Jangan lupa,jaga diri semua.

Salam sayang dari Sis untuk semua.






0 Comments