SAMBAL BILIS KHAS UNTUK IBU MENGANDUNG YANG SELERA SAKAN.






Kegemaran Sis Nasi Lemak Pandan bersama sambal bilis.










Lama betul menunggu tudung dari GaleriAriani , Hampir 2 bulan menunggu tudung Limited Edition palestine ini.

 

Sis beli sekali dengan brooch,tapi tak pandai nak pakaiπŸ’­πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
masa beli macam kofiden boleh pakai,bila dah sampai
pusing sana,pusing sini

 

Last-last gaya nie juga rupa Sis pakai tudung........πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†
Happy sebab dah selamat vaksin dose ke2,Alhamdulilah.
Misi sekarang berdoa supaya puteri dan anak-anak di kerangkuning pula dapat vaksin.
Masih perlahan  team kerangkuning yang mendapat temujanji vaksin,walaupun kami semua dah berdaftar dari feb 2021.

Apa yang kami cuba buat sepanjang Covid-19 dari 2020.

 

Macam-macam usaha yang kami buat untuk pastikan team kami kekal sihat dan tiada yang membahayakan nyawa keluarga kami.

1.Team yang deman memang di cutikan selama 10 hari,supaya dapat memastikan team lain lebih selamat.Tapi ini dari 2020 sampai beberapa minggu lepas aje.

Minggu lepas Sis dah mula gunakan self test kit yang sis beli dari estore.caring,

Jika ada team member yang deman,sis mula pastikan mereka membuat self test sendiri.Dan mereka perlu memberi result tersebut pada Sis dan semua Team member yang lain juga dapat info yang sahih.

Hari ke 5,team yang masih dikuarantinkan oleh Sis, perlu ambil self test sekali lagi sebelum dibenarkan meneruskan kerja.Jika result negatif maka ,team member tersebut sudah boleh bekerja pada hari ke 5.


2.Dari tahun 2020,sis pastikan Team member ON machine ozone yang sis belikan untuk keselematan Team Sis ketika bertugas dan pulang kerumah tanpa membawa virus bahaya pada keluarga mereka.Brand yang sis gunakan adalah OKAAir detoxifier okaair info detail.

Sis dah guna brand Detoxifier ini lebih 6 tahun di rumah ,dan tahu keberkesananya yang sangat baik dalam mematikan bakteria dan virus.

Sis tak jual yer, kalau berminat boleh contact Mr Alex  ,Alex nie jiran sis.
Jadi Sis lebih selesa beli dan servis dengan Alex aje.yang best pasal machine nie...
Low maintanance dan tak perlu sakit kepala fikir untuk remind Team kena service.
Sepanjang 5 tahun,baru sekali sis tukar ozone plate nya,jimat kan.
Filter ada tapi tak perlu di tukar sangat,dan sampai hari ini belum ditukar filternya...😍😍😍😍
 
Klik sini untuk Contact Mr Alex > Klik  Whatsapp Mr Alex 









3.Rutin harian kami,jaga kebersihan kawasan stesen kami.

Sanitize setiap 1 jam kawasan stesen kami,terutama pump,mesin ATM,pemegang pintu dan kawasan cashier.Sis memang menggunakan chemical dari IMEC sebab keberkesannya dalam membunuh kuman.

Dari Stesen Jalan Gambut ke Stesen Bypass Permatang badak sampai ke Shell Semambu,sis dah guna chemical IMEC lebih dari 14 tahun..website IMEC dan semestinya chemical dari IMEC Halal.

Ada cus Sis,suka sangat cuci tangan di stesen,katanya sabun cuci tangan terlalu wangi,ini pun produk dari IMEC.Sabun cuci tangan yang sis gunakan bau "Flower".

Dari Pump,lantai,kedai,tandas semua chemical,Sis gunakan IMEC.






4.Perkara yang paling penting sekarang adalah Vaksin.

Sis masih berusaha supaya Team Kerangkuning dapat Vaksin untuk imuniti badan mereka.

Sementara ini,Team kerangkuning hanya menguatkan antibodi dengan mengambil Vitamin tambahan.

Disebabkan ini juga,Sis sentiasa cuba menyediakan makanan pagi untuk Team Sis,supaya mereka sentiasa sihat.



Jom kita Masak Sambal Bilis Kesukaan Team KerangKuning.




Bahan-bahan Sambal Bilis untuk 40 orang makan :

1.Cili Boh 500gm
 
2.Sesudu kecil belacan
 
3.Asam jawa  berbiji ,1 sudu besar
 
4.Gula,6 sudu besar
 
5.Garam
 
6.Kiub ikan bilis- 2 kiub
 
7.Bawang besar 1 biji- belah 6
 
8.Bawang putih 8 ulas*
 
9.Bawang merah 4 ulas*
 
10.Minyak untuk menumis sambal.
 
11.Ikan Bilis sebanyak yang sukaπŸ˜‹πŸ˜‹

*Bahan ini ditumbuk kasar atau blender kasar


Cara-cara memasak sambal bilis kegemaran anak-anak kerangkuning.

Masukkan Cili Boh kedalam minyak yang telah dipanaskan, pastikan cili boh tengelam dalam minyak masak yer. Kalau terlebih minyak masak pun tak apa,jangan takut-sebenarnya lagi bagus.


Masukkan bawang besar yang dipotong enam, dan bahan yang telah di tumbuk atau blender kasar. Masukkan juga gula,pastikan api yang dipasang adalah paling perlahan.


Untuk masak sambal kegemaran Team Kerangkuning,anda semua perlukan kesabaran yang amat tinggi.

Api paling perlahan dan perlu menunggu sehingga rupa bawang besar tadi dah jadi sama warna dengan sambal, ini bermakna-sambal kita dah 90% masak tau...

Jika bawang besar dah sebati dengan cili boh tadi,

Kiranya dah tak nampak rupa bawang,
masukkan kiub ikan bilis,belacan dan asam jawa yang digaul dengan air yer.
air dalam setengah cawan tak apa untuk mengaul asam jawa.

Masak lagi sehingga air dalam sambal tadi kering,  masa ini boleh masukkan ikan bilis. Masukkan lagi setengah cawan air, masak sampai air kering lagi..dan ulang sekali lagi masukkan air setengah cawan lagi,masak sehingga air kering.


Masa ini sambal sudah siap,jika anda rasa kurang masin,boleh tambahkan garam
Tapi kebiasaan,
sis tidak pernah tambah garam kerana cili boh yang sis biasa beli memang secukup rasa dengan bilis yang dah masin.


Disebabkan proses memasak sambal bilis Sis agak lama,jadi sis akan terlebih rajin nak masak nasi lemak pandan😘😘😘😘

Boleh click sini untuk dapatkan resepi nasi lemak pandan 9 resepi ringkas


Terima kasih pada semua...
Sis Halalkan semua Resepi dan Info yang Sis sharing dalam blog sis.



0 Comments