Durian Crepe IKS Di Shell Kerang Kuning | Muzlina.com |
CREPE DURIAN ADA
AISKRIM DURIAN ADA
MILLE DURIAN PUN ADA
Kuat ah MekSah berangan sejak MCO 2021- Katanya buntu
PART 4 IKS AT SHELL kerangkuningproduction/
Sekarang musim durian di Malaysia...
Pada peminat durian,hantu durian atau pembenci durian...
Musim duiran adalah musim yang tergugat poket dan Iman.
Mana yang nak diet,hancussss diet.
Mana yang baru nak saving-saving tu.
Lagi hancusssss-mahal oi durian kat Pahang nie.
Kenapa sis teringat durian malam-malam nie...
Sebenarnya,sis baru lepas makan durian Kunyit dari Kelantan.
Suami sis belikan untuk sis,sebab dia tahu Sis memang suka durian.
Dan Sis sangat suka mencuba pelbagai jenis durian.
Dari durian kampung sehinggalah ke durian kahwin yang pelbagai jenis.
Inilah durian kunyit dari kelantan,
yang berminat boleh contact En Alias Razalia
Sis suka sangat dengan rasanya,dan bijinya yang sangat nipis.
Berbaloi sangat beli durian kunyit ini.
Jenis-jenis Durian yang sis dah pernah cuba,
Black thorn,
kucing,
musang king,
IOI,
D24,
Beserah,
Udang merah,
Tekka,
Duri hitam,
XO,
Golden Phoenix,
D2 Dato Nina,
D163 Hulu,
Green head,
Kunyit,
Samsu,
Darling,
Creamy bun,
Kampung.
Thailand,
..................dan banyak kan
Sis,
Kirim salam kat durian tu,
tak muncul lagi musim durian,
Sis makan crepe durian aje.
Tapi crepe durian yang paling sis suka ,
Dari IKS sam & adam facebook.
Crepe durian Sam & adam ini ,menggunakan durian D24 dari Raub,Pahang.
Peminat durian memang tahu nama-nama durian dan beza rasanya.
Kalau yang cakap durian tu rasa durian,
Sis akan cakap ,ANDA bukan kategori hantu durian lagiπ»π»π»π»π»
Anda perlu jadi hantu durian,
Maka anda akan tahu beza setiap durian...
Macam ikan di laut,setiap ikan ada beza rasanya..
Begitulah beza rasa setiap Durian.
Sam & Adam Durian crepe dan Aiskrim Musang king
Inilah rupa durian crepe sam & adam
Contoh IKS Berjaya
Dimana IKS di luar sana perlu contohi
ini tahun ke 3 crepe Sam&Adam masih di pasaran kerangkuningproduction.
Kenapa ????
Bagaimana boleh bertahan?
Jawapan nya adalah di blog sis Baca Di Sini untuk Lebih Lanjut
Dan IKS di luar sana juga perlu tahu ,
Sam &Adam juga menyediakan Freezer Jenama mereka.
Diberi percuma kepada kami .
Harga Jualan yang sangat baik untuk Customer
serta harga kos yang terbaik utk pasaran Shell.
Aiskrim Durian dari Sam & Adam.
Menarik kan packaging mereka,bukan sekadar menarik,tetapi kualiti yang sangat baik.
Sepanjang tempoh 3 tahun ini,tak pernah ada isu kualiti.
Sebab itu Sis sangat cerewet untuk memilih IKS,
Makanan sangat sensitif,kalau kualiti tidak dijaga,maka banyak kesan buruk
Kepada IKS dan juga kami.
Untuk Makluman semua,Sis adalah kategori perut sensitif,kerana isu perut sensitif.
Sis sangat berhati-hati dalam memilih produk yang di jual di kerangkuning.
Maaf Jika ada IKS di luar sana yang terasa hati,
seperti Sis tidak membuka peluang atau terlalu memilih.
Fobia sakit perut dan alergic makanan dari kecil membuatkan Sis sangat berhati-hati.
Apatah lagi barang yang hendak dijual,
semestinya lagilah nak jaga kebersihan,erti kata kualiti.
Halalan Toyyiban
Apa yang lebih menarik tentang konsep makanan dan rezeki halal yang disebut di dalam al-Quran ialah kata sifat “toyyib” yang mengekorinya. Toyyib (atau toyyibah; toyyibat atau tuuba sebagai jamak) dari segi makna ialah sesuatu yang baik atau elok atau yang berlawanan dengan yang buruk. Jadi apabila disebut “halalan toyyiban” ia memberi maksud sesuatu yang halal yang bersifat baik atau elok.Terdapat empat (4) tempat di dalam al-Quran di mana Allah mengguna perkataan toyyib ini sebagai kata sifat bagi menggambarkan kehalalan makanan atau rezeki. Ia adalah di dalam surah al-Baqarah, ayat ke-168; surah al-Maaidah, ayat ke-88; surah al-Nahl, ayat ke-114 dan surah al-Anfaal, ayat ke-69.Secara mudah, arahan Allah s.w.t supaya kita makan bukan terhenti setakat memakan makanan yang halal semata-mata, bahkan ia melangkaui ke satu tahap yang lebih daripada itu. Justeru kita disuruh memakan makanan yang halal yang bersifat elok atau tinggi mutunya. Begitu juga dengan sumber rezeki yang kita usahakan bagi mendapatkan makanan halal. Ia sepatutnya terhasil daripada usaha yang halal lagi berkualiti. Penekanan terhadap unsur mutu usaha ini penting kerana rezeki yang diperolehi tadi tentunya lebih baik dan lebih diberkati oleh Allah s.w.t. berbanding rezeki yang dijana daripada kerja atau usaha yang bersifat ala kadar. Tambahan pula kita akan menggunakan rezeki tadi untuk memenuhi keperluan harian diri dan keluarga.
Afeeqa Crepe & Mille durian
Orang Kelantan mesti kenal sangat dengan duriancrepeafeeqa,
IKS yang sangat dikagumi,bermula menjaja di pasar-pasar malam,
kini namanya sudah Gah di serata Malaysia.
Tahniah Afeeqa,contoh IKS yang berjaya.
Afeeqa bukan sekadar menghasilkan crepe atau mille durian
Afeeqa juga menghasilkan pelbagai jenis crepe ,kek durian dan aiskrim durian.
Cendol durian mille ini hanya limited edition untuk Ramadhan 2021
menarik kanπ
Mango crepe juga ada...
sangat bangga dengan IKS Afeeqa
Sis suka hidup dengan warna -warni.
Sebab itu warna yang pelbagai dapat memberi semangat positif pada sis semasa bekerja.
Abang kakak TUDM pun peminat barang-barang IKS
Jangan ingat McD aje ada jual Drive Thru,
Shell Jual Walk thruπππππ
ikut tingkap pun Team kerangkuningproduction menjual.
Banyak lagi barang-barang IKS yang berperisa durian di jual di kerangkuning..
Tak lupa juga Lopa Durian tau..
Abg rifae hantar order abang Bomba
Sekut durian pun ada tau
Nampak tak,bahagianya team kerangkuning kan...nak bukti ke ?,betapa bahagianya perut mereka.berada di syurga makanan IKSπ π π π π π
Jom layan gambar dia orang....
Semoga blog ini dapat memberi idea pada IKS di luar sana
dan dapat menembusi pasaran yang lagi hebat.
Anda mampu.bergurulah dengan mereka yang lebih berjaya.
Good Luck.
0 Comments