ROTI TEMPAYAN

KES RINDU DOK LEH BALIK KAMPUNG.






ROTI TEMPAYAN




Sejak ada TM6 kat dapur,
Apa jenis roti mesti Sis berani cuba...
Maklumlah,hasil doh dari bibik moden nie sangat cemerlang dan gemilang...
Boleh tutup kedai mamak kalau Sis masak roti tempayan dalam periukπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…


Jangan gelak tau,
Ini namanya roti periuk,bukan roti tempayan...
Kesian periuk yang bekerja keras memasak roti-roti yang gebu ini.


Sis guna TM6 untuk menguli doh aje,
Bakar masih perlukan dapur gas dan periuk kesayangan yang beli dalam Go Shop.


Hari ini kita masak Roti Tempayan kali Ke2 dengan Asst Chef Iesya..

05 08 2021...


Pejam celik,
Pejam mata buka mata, pun masih PKP..
lepas tu PKPD dan PKP  balik..


Bila ada orang tanya,Kuantan macam mana....
Tak tahu nak jawab apa,
Bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan,
Bersyukur dengan rezeki kesihatan untuk Sis sekeluarga dan juga keluarga Kerangkuning.
Bersyukur kami masih mampu mencari sesuap rezeki.
Bersyukur kami masih mampu ketawa,gembira,menangis bersama.
Bersyukur kerana ,kami semua masih ada keluarga yang kami sayangi.
Bersyukur kerana kami masih dapat melihat pelanggan-pelangan kami sihat sentiasa.


Seawal 6 pagi,
sis mula menguli Roti tempayan untuk makan pagi team kerangkuning..
dengan yakin boleh siap sebelum 7 pagi,πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
Angan-angan dan kofiden level yang sangat tinggi,
itulah keperibadian Sis yang over sikit..
Hahahahahaha...


konon 730 pagi,
timing hancur...
ingat boleh bakar sekaligus ke...πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†
Kata masak roti tempayan,
ingat bakar roti inti kacang ke tuuuu..


Rupanya, 
8 pagi baru siap...
asst Chef ketawa berdekah dekah..πŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ
Ibu,nie dah pukul 7,
boleh ke siap 730 pagi....
Apa,7 pagi dah ke...
adoi lama juga baru boleh nak gelek-gelek kan doh yang dah di bulatkan.


Hidup Sis dari kecik diajar jaga masa...
Jadi Sis tak suka buat orang tertunggu-tunggu , kalau dah janji,
Sis sangat tak suka dengan orang yang tak tepati masa,
Dari kecil, Pok dan Ma orang yang sangat sibuk.
jadi Sis dan adik beradik kena patuhi masa yang telah ditetapkan.
Kalau nak ke sekolah dengan Pok,
kena ada dalam kereta sebelum 7 pagi,
Kalau tak ada,sila jalan kaki atau naik bas ke sekolah..πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘
Masalah dengan sikap Sis,
tak suka kalau Pok dan Ma tegur perkara yang sama berulang kali.
Jadi sis akan avoid , perkara yang sama berlaku lagi.
Disebabkan  ini,sis tak boleh sabar,
dengan orang yang suka bazirkan masa dengan rasa tak bersalah.


Bagi alasan tak cukup masa,
tapi bangun pagi 10 pagi,mana nak cukup masa...
dah bangun hadap phone 1jam,dah pukul 11 pagi....
11 pagi baru nak masuk tandas,12 tghr baru siap mandi..
Bersiap-siap 1 tengahari baru nak keluar rumah,
Lepas tu baru nak cari makan,adoi
Mana nak cukup masa,sebab kita suka bazirkan masa yang ada...


Apa nak buat esok,
Sis dah plan siap-siap dalam kepala..
Pukul berapa nak buat apa
Esok pagi nak masak apa
Petang esok nak masak apa
Esok kerja apa kena siapkan
Kalau hari ada meeting,pukul berapa kena prepare kerja-kerja lain
Dalam Phone sentiasa ada reminder bulanan,weekly dan daily yang perlu sis siapkan.
Sis akan pastikan semua perkara siap dalam masa yang ditetapkan..
supaya tidak terganggu kerja orang lain dan Sis dapat rehat yang cukup.


Alamak,
kalau sis sentiasa sibuk
,masa mana Sis buat Blog...πŸ’žπŸ’žπŸ’žπŸ’ž


Sebenarnya,
Hobi sis adalah merayap-rayapπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
Sejak PKP nie,Sis kena cari Hobi untuk pastikan Sis dapat kurangkan Tekanan PKP.
Maka,menulis dapat kurangkan tekanan PKP untuk Sis..
Sis mulakan Blog untuk memastikan,
tumpuan Sis pada penghasilan Blog.
Maka Sis ada aktiviti baru untuk membuat diri Sis bussy seperti sebelum PKP.


Jom kita masak lah..
dah merapu sangat nie..



Resepi Roti Tempayan.

Bahan – Bahannya:

  • 375 gram Tepung gandum
  • 125 gram Tepung naik sendiri
  • 125 gram Plain yogurt
  • 1 sudu kecil Serbuk yis
  • 250 ml Air suam
  • 1 sudu besar Butter 
  • 1 sudu besar  Gula
  •  Sedikit garam

Cara -cara Membuat:

  • Yis dicampurkan dengan air suam dan sedikit gula, tunggu sehingga naik yis nya.
  • Sementara itu campurkan tepung gandum, tepung naik sendiri, gula, garam dan butter dan digaul rata.Guna TM6 sangat mudah,scale dan penguli satu mesin aje,tak perlu nak guna macam-macam bekas.
  • Masukkan yis yang dah kembang tadi dan yogurt, uli sehingga sebati, masukkan air sedikit demi sedikit.Bagi aje bibik Moden TM6 buat kerja,uli sampai jadi doh.
  • Uli sehingga adunan agak lembut, dan bulat – bulatkan untuk di peram seketika ( sampai kembang dan gebu).
  • Canai leper -pastikan taburkan tepung masa mencanai yer,dan akhir sekali, bakar didalam kuali tanpa minyak dengan api sederhana


Hasil masa membakar,pastikan naik dan kembang sebegini.. kalau suka yang ada cheese,boleh masukkan cheese ketengah doh sebelum di canaikan doh.



Roti dah siap,jangan lupa masak kari atau kuah kacang dhal.
Sis suka makan dengan Kari ayam,tapi sebenarnya lagi suka kentang dalam kuah kari...



Resepi Kari Ayam Adabi.

Bahan-bahan


  • Ayam yang dipotong kecil
  • hati ayam dan pedal sikit
  • ubi kentang 3 biji
  • sedkit carrot
  • asam jawa sesudu kecik
  • bawang besar separuh di mayang 
  • bawang merah 2 ulas mayang
  • bawang putih 3 ulas mayang
  • halia dalam 3 cm dimayang
  • rempah kari 3 sudu
  • santan kotak yang kecil satu kotak
  • 1 biji tomato
  • kayu manis,bunga lawang dan cengkih
  • daun kari 2 tangkai


Cara memasak kari


 Antara periuk kegemaran sis

Salah satu kelebihan 

cast iron ialah kemampuan unik nya untuk menyerap dan menyimpan haba dengan baik. Ciri ini bukan sahaja memberi pemanasan yang sekata di seluruh permukaan periuk, ia juga menjimatkan gas/ elektrik kerana periuk cast iron hanya perlu dimasak menggunakan api kecil dan sederhana sahaja.


Tumiskan bawang besar,bawang kecil,bawang putih,kayu manis.bunga lawang,cengkih dan daun kari sehingga naik bau.

Dah naik bau,masukkan rempah kari-jangan bancuh renpah kari dengan air yer
tumis terus rempah kari dalam minyak tadi,kalau minyak kurang,masukkan minyak lagi..
Dah nampak rempah masak,masukkan air..
masukkan tomato,ayam,hati,pedal dan asam jawa.
Masak sampai ayam dan ubi ketang masak..
Masukkan carrot dan santan dalam 10 min dan tambah perasa jika perlu.



Pada yang teringin untuk masak Roti Tempayan,boleh cuba menu ringkas dari Sis.
semoga bermanfaat untuk semua.

Untuk yang berminat dengan TM6 boleh contact Datin Yuzila di blog sis 

 

0 Comments